Sabtu, November 01, 2008

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal




Jabatan ini diterajui oleh En. Ishak bin Sarip. Jabatan ini telah ditubuhkan pada bulan Jun 1990 dengan kekuatan tenaga pengajar seramai 7 orang pensyarah. Seramai 110 pelajar telah mengikuti dua sijil yang ditawarkan pada masa tersebut. Kursus yang ditawarkan pada masa itu ialah Sijil Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) dan Sijil Kejuruteraan Mekanikal (Automotif). Kini bilangan tenaga pengajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal telah mencapai 82 orang dan bilangan pelajar telah meningkat seramai 1500 orang.
Dengan peredaran masa, penambahan telah berlaku dari segi bilangan bengkel dan makmal, kepelbagaian kursus dan pengambilan pelajar. Penambahan bilangan kursus, kelas dan makmal telah membolehkan peningkatan kadar pengambilan pelajar. Jabatan Mekanikal mempunyai kebanggaannya yang tersendiri jika dibandingkan dengan Jabatan-Jabatan yang lain di mana ia mempunyai pengambilan pelajar yang paling ramai. Pelajar-pelajar telah menunjukkan kesungguhan dalam penglibatan Kurikulum dan Ko-kurikulum.
Sebagai contoh pada Pertandingan Robocon 2005 dari 42 pasukan dari seluruh IPTA di Malaysia, hanya pasukan dari Politeknik Port Dickson sahaja dari seluruh politeknik dan kolej komuniti Malaysia yang layak untuk memasuki pusingan kalah mati yang melibatkan 16 pasukan. Kedua - dua robot automatik dan manual dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal telah terpilih untuk mewakili Politeknik Port Dickson ke pertandingan tersebut. Tahniah diucapkan ke atas tenaga pengajar dan pensyarah yang terlibat di dalam penghasilan robot tersebut.

0 ulasan: