Memaparkan catatan dengan label Kursus. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kursus. Papar semua catatan

Rabu, Jun 24, 2009

Kursus PPK CNC Milling & Lathe di Kulim Hi-Tech


Contoh simulasi pemesinan CADCAM


Drilling,tapping, pocket & contour


Tunjuk ajar daripada En. Sabri


Proses pemesinan 'Milling'


Pengendalian simulator CNC oleh En Mohd Radzuan dari PPD


En Ajib, antara peserta kursus yang terlibat


22hb-28hb Jun 2009, Satu kursus PPK anjuran Politeknik Kota Bharu bertempat di Kulim Hi Tech telah berlangsung selama seminggu. Kursus tersebut memberikan pengajaran dan kemahiran dalam CNC dan CADCAM, dan telah disertai oleh 15 pensyarah daripada politeknik seluruh Malaysia termasuklah 3 orang pensyarah daripada jabatan kejuruteraan mekanikal politeknik port dickson. secara keseluruhannya kursus tersebut telah mencapai objektif dengan jayanya.

Khamis, Mac 19, 2009

Kursus Pendek Asas Kimpalan Bersama Komuniti




Tn Hj Kamil Selaku Fasilitator yang berpengalaman


Barisan para peserta kursus dan Pensyarah , Turut hadir Pegawai Belia Daerah



Penyampaian hadiah kepada peserta kursus yang menghasilkan kerja yang cemerlang




Ucapan dari En Azizan B Saad di majlis penutup





Ucapan dan perasmian penutup daripada Pegawai Belia




Taklimat bagi peserta kursus yang baru sahaja mendaftar




Demonstrasi pemotongan menggunakan Kimpalan Gas



Tn Hj Kamil B Faiman sedang memberi tunjuk
ajar






18 & 19hb Mac 2009, Satu program telah dijalankan di atas nama Kursus Pendek Asas Kimpalan Bersama Komuniti anjuran bersama Belia 4b Taman Intan Perdana. Kursus ini melibatkan seramai kira-kira 20 orang belia daripada Taman Intan Perdana khususnya yang terdiri daripada pelajar lepasan SPM sehinggalah pengusaha bengkel. Kursus ini memberikan pengetahuan dan kemahiran asas dalam kimpalan. Diantara Pensyarah JKM yang terlibat adalah seperti En Azizan, En Khairun Syatirin, Tn Hj Kamil dan En Muhamad Asri Mohd.

Kursus pendek tersebut tamat pada jam 5ptg pada 19hb dan telah dirasmikan oleh Pegawai Belia.










Rabu, Mac 18, 2009

Kursus Microsoft Project






16 & 17hb Mac 2009, satu kursus dalaman telah dijalankan di JMSK dan telah disertai oleh beberapa orang pensyarah daripada JKM. Kursus tersebut memperkenalkan penggunaan Microsoft Project dalam pembelajaran di politeknik. Kursus yang berlangsung selama 2 hari itu telah dihadiri oleh 30 orang pensyarah termasuk pensyarah dari JKA,JMSK dan JKE.

Rabu, November 26, 2008

English Enhancement Program ( Fasa 1)


En Ishak Sarip (Ketua Jabatan Mekanikal) turut serta dalam
aktiviti kursus.
Antara peserta kursus yang banyak menyumbangkan idea-idea
dalam menjayakan program ini.


Tuan Pengarah dan Timbalan Pengarah hadir bersama
dimajlis penutup.

Pensyarah dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal yang terlibat.
Dari kiri : En Nafizi, En Abd Ajib, En Ishak(KJ), En Noorazizi, dan En Mokhtar


Suasana di sekitar Royale Bintang

Peserta sedang menjalankan aktiviti Treasure Hunt



Pensyarah-pensyarah JKM
Peserta-peserta kursus sedang beriadah bersama selepas seharian
berkursus.

Para pensyarah dari JKM telah memberikan komitmen yang sangat tinggi
dalam menjayakan kursus ini.

Peserta kursus sedang memberikan tumpuan kepada Fasilitator.

24, 25 dan 26hb november, Politeknik Port Dickson telah menghantar 80 orang pensyarah yang merangkumi semua jabatan untuk menghadiri kursus EEP yang bertempat di Royale Bintang , Seremban. Kursus selama 3 hari tersebut dikendalikan oleh 3 orang Fasilitator dari Mindstream.

Secara keseluruhannya semua peserta telah berjaya mengikuti dan menjalankan tugasan-tugasan yang diberikan dengan penuh kesabaran seterusnya menamatkan kursus dengan jayanya.

Jumaat, November 21, 2008

Kursus Dalaman PLC

Sayup di hadapan sekali merupakan seorang penceramah kursus yang tidak asing lagi
Cenderahati untuk penceramah kursus (gambar atas dan bawah)


Ketua Jabatan JKM turut hadir dalam majlis penutup kursus PLC bagi menyampaikan cenderahati dan merasmikan penutup.






En Mokhtar Padeli salah seorang peserta kursus yang paling cemerlang dalam tugasan dan latihan-latihan yang diberi





En. Haspirudin Basiron salah seorang penceramah ulung yang berpengetahuan luas dalam bidang PLC dan Robotik






En Sulaiman merupakan penceramah jemputan daripada Jabatan Kejuruteraan Elektrik bagi menjayakan kursus ini





20 & 21 November 2008, satu kursus dalaman PLC telah dijalankan bertempat di Makmal PLC jabatan Kejuruteraan Mekanikal. Kursus ini disertai oleh 15 orang pensyarah JKM dan telah berlangsung selama 2 hari. Tujuan kursus PLC diadakan adalah untuk menambahkan lagi bilangan pensyarah-pensyarah yang pakar dalam bidang ini agar dapat menampung limpahan pelajar di masa akan datang.






Khamis, November 20, 2008

Kursus Hirarc

Peserta sedang menjamu selera setelah seharian berkursus





20 november 2008, satu kursus telah dijalankan di bilik seminar JKM bermula jam 8 pagi dan berakhir jam 5 petang. Kursus tersebut merupakan kursus Hirarc dan melibatkan 15 orang pensyarah JKM.