Jumaat, November 28, 2008

Pertandingan Projek PPD sesi Julai 2008

Robot Line Detector

Robo Vacum


Fiber Divide


Line Detector




Robot Arm




Onion Slicer




Semi Auto Folding Shirt



Semi Auto Folding Shirt




Mortar Machine
27 november 2008, Pertandingan Projek Peringkat Jabatan anjuran Kelab Rekacipta telah berlangsung dimana pertandingan tersebut disertai oleh 9 projek dari setiap jabatan. Pertandingan ini telah diadakan di Ruang Legar HHP bermula jam 10 pagi dan tamat pada 3.00 petang. Markh bagi setiap projek telah dinilai oleh 8 orang panel yang merupakan wakil dari setiap jabatan. Bagaimanapun keputusan rasmi hanya dapat diketahui semasa konvokesyen yang akan datang.









Rabu, November 26, 2008

Persembahan band pensyarah "The Jesters" di Malam 1001 Kenangan Jabatan Perdagangan

The Jesters
En Zulfaka (Pemain Bass)


En Nafi (Pemain Gitar Utama)





En Noor Hafidzan (Pemain Drum)

En Abd Ajib (Pemain Gitar Rancak)

21 november 2008, Beberapa orang pensyarah dari JKM telah dijemput untuk membuat persembahan sempena Malam 1001 kenangan Jabatan Perdagangan yang bertempat di Hotel Selesa Beach Resort. Pada malam tersebut kumpulan pensyarah dari JKM dan seorang dari JMSK telah bersama-sama menjayakan majlis yang gilang gemilang.




English Enhancement Program ( Fasa 1)


En Ishak Sarip (Ketua Jabatan Mekanikal) turut serta dalam
aktiviti kursus.
Antara peserta kursus yang banyak menyumbangkan idea-idea
dalam menjayakan program ini.


Tuan Pengarah dan Timbalan Pengarah hadir bersama
dimajlis penutup.

Pensyarah dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal yang terlibat.
Dari kiri : En Nafizi, En Abd Ajib, En Ishak(KJ), En Noorazizi, dan En Mokhtar


Suasana di sekitar Royale Bintang

Peserta sedang menjalankan aktiviti Treasure Hunt



Pensyarah-pensyarah JKM
Peserta-peserta kursus sedang beriadah bersama selepas seharian
berkursus.

Para pensyarah dari JKM telah memberikan komitmen yang sangat tinggi
dalam menjayakan kursus ini.

Peserta kursus sedang memberikan tumpuan kepada Fasilitator.

24, 25 dan 26hb november, Politeknik Port Dickson telah menghantar 80 orang pensyarah yang merangkumi semua jabatan untuk menghadiri kursus EEP yang bertempat di Royale Bintang , Seremban. Kursus selama 3 hari tersebut dikendalikan oleh 3 orang Fasilitator dari Mindstream.

Secara keseluruhannya semua peserta telah berjaya mengikuti dan menjalankan tugasan-tugasan yang diberikan dengan penuh kesabaran seterusnya menamatkan kursus dengan jayanya.

Jumaat, November 21, 2008

Kursus Dalaman PLC

Sayup di hadapan sekali merupakan seorang penceramah kursus yang tidak asing lagi
Cenderahati untuk penceramah kursus (gambar atas dan bawah)


Ketua Jabatan JKM turut hadir dalam majlis penutup kursus PLC bagi menyampaikan cenderahati dan merasmikan penutup.






En Mokhtar Padeli salah seorang peserta kursus yang paling cemerlang dalam tugasan dan latihan-latihan yang diberi





En. Haspirudin Basiron salah seorang penceramah ulung yang berpengetahuan luas dalam bidang PLC dan Robotik






En Sulaiman merupakan penceramah jemputan daripada Jabatan Kejuruteraan Elektrik bagi menjayakan kursus ini





20 & 21 November 2008, satu kursus dalaman PLC telah dijalankan bertempat di Makmal PLC jabatan Kejuruteraan Mekanikal. Kursus ini disertai oleh 15 orang pensyarah JKM dan telah berlangsung selama 2 hari. Tujuan kursus PLC diadakan adalah untuk menambahkan lagi bilangan pensyarah-pensyarah yang pakar dalam bidang ini agar dapat menampung limpahan pelajar di masa akan datang.






Khamis, November 20, 2008

Kursus Hirarc

Peserta sedang menjamu selera setelah seharian berkursus





20 november 2008, satu kursus telah dijalankan di bilik seminar JKM bermula jam 8 pagi dan berakhir jam 5 petang. Kursus tersebut merupakan kursus Hirarc dan melibatkan 15 orang pensyarah JKM.




Selasa, November 18, 2008

Hari Pembentangan Projek Julai 2008

kolam pentagon

Meja lipat


Pengasing Biji Lada

Wiring Training Kit
Buggy











Hovercraft







Langsir Automatik

























Gerabak Barang




17 & 18 November, hari yang dinanti-nantikan oleh semua pelajar semester akhir telah pun berlalu, terdapat 41 kumpulan pelajar telah berjaya membentangkan projek akhir mereka di tempat-tempat yang telah disediakan. 3 projek terbaik yang memenuhi kriteria akan dipilih untuk mewakili jabatan ke pertandingan projek peringkat Politeknik Port Dickson sesi Julai 2008. Pertandingan projek tersebut akan berlangsung pada 27 November 2008 bertempat di ruang legar HHP. Semua pensyarah dan pelajar dijemput hadir untuk memeriahkan lagi pertandingan tersebut.








Ahad, November 16, 2008

Hari Politeknik Bersama Komuniti 2008





VIP khas dari JKM (gambar atas)






13 & 14hb November 2008, Seimbas lalu sekitar Hari Politeknik Bersama Komuniti. Pameran dari setiap jabatan termasuk jabatan mekanikal. VIP dan VVIP turut melawat bilik-bilik pameran. Sekalung penghargaan buat semua staf yang terlibat dalam menjayakan Hari Politeknik Bersama Komuniti 2008.