Urusetia sedang memberi sedikit ucapan
Sabtu, 25hb & 26hb Julai 2009, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal telah mengadakan Hari Keluarga buat pertama kalinya bertempat di Pantai Puteri Melaka. Hari Keluarga tersebut telah disertai 20 orang staf yang terdiri daripada pensyarah JKM dan jumlah keseluruhan termasuk ahli keluarga adalah 58 orang. Semua keluarga termasuk 4 orang urusetia telah bersama-sama menjayakan aktiviti dan juga makan malam BBQ selama 2 hari di Bidara Puteri Beach Resort.
Sekalung penghargaan kepada semua yang hadir tidak lupa juga VVIP yg turut serta Tn. Hj Ghaus Bin Ab. Kadir. Segala yang terlebih dan terkurang harap dimaafkan daripada kami urusetia , Insyaallah Hari Keluarga yang akan datang akan menjanjikan suasana yg lebih indah dan meriah jika disertai oleh ramai lagi staf JKM.