Isnin, Ogos 24, 2009

Pendaftaran Kumpulan Projek Semester Akhir

Perhatian..!!

Kepada pelajar semester akhir yang masih belum membuat pendaftaran Kumpulan dan Penyelia sila berbuat demikian selewat-lewatnya sebelum 29hb Ogos 2009.

Makluman bagi pelajar dibawah seliaan En. Abdul Ajib Bin Mohd Zen, Bagi yang menjalankan projek melibatkan Kajian dan Penyelidikan tidak wajib hadir pada hari Rabu ini,manakala bagi yang terlibat projek Buggy dan Gokart sila hadir seperti biasa mengikut jadual waktu anda.
terima kasih.

sebarang pertanyaan berkenaan projek atau pelajar yang masih belum mempunyai tajuk projek
boleh datang berjumpa atau hubungi En Ajib.

Unit Projek JKM

Jumaat, Ogos 14, 2009

Perlawanan Persahabatan Badminton PoliPD - Vision Home Seremban 2

pertemuan antara regu

Perlawanan regu penentuan menyaksikan kemenangan mutlak PPD

En Izuan dan En Mustafa

Para peserta sedang bersalaman sebelum memulakan perlawanan

En Mohd Siri juga tidak ketinggalan menyertai aktiviti

En Radzuan Khairi selaku Ketua Pasukan


Jumaat, 14hb Ogos 2009, Satu perlawanan persahabatan yang melibatkan 5 regu daripada politeknik dimana 4 daripadanya terdiri dari pensyarah-pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal telah bertemu pemain-pemain daripada Vision Home seremban 2. Perlawanan persahabatan tersebut telah menyaksikan kemenangan berpihak kepada pasukan dari politeknik Port Dickson . Aktiviti riadah ini telah berlangsung di Dewan Badminton Seremban 2 dan dijangka perlawanan seterusnya akan bertempat di Politeknik Port Dickson. Syabas kepada beregu-beregu yang terlibat.

Jamuan BBQ di Kolam Ikan JKM

En Asri , En Zawawi bersama En Mokhtar

Ketua Jabatan Mekanikal En Ishak Sarip

BBQ

En Fakurudin sedang membakar ayam


En Abd Ghani sedang membasuh kerang untuk di bakar


Puan Halimah bersama resepi rahsianya sedang memasak tom yam


Khamis, 13hb Ogos 2009, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal telah mengadakan satu jamuan bagi pensyarah-pensyarah yang bertempat di sekitar kolam ikan jkm. majlis tersebut melibatkan semua staf mekanikal bersama2 bergotong royong memasak dan membakar ayam bagi mengeratkan hubungan sesama staf. Aktiviti seumpama ini memang kerap dijalankan pada setiap semester dan ianya akan terus di jadikan sebagai aktiviti rasmi JKM.

Ahad, Ogos 09, 2009

Taklimat Projek J5012 Sesi Julai 2009


PERHATIAN ..!! bagi semua pelajar Diploma semester akhir yang mengambil subjek J5012 (Projek) , anda di WAJIBkan hadir pada sesi taklimat pada tarikh dan waktu berikut :

Tarikh : 19 Ogos 2009
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Kuliah 4
Hari : Rabu


Kehadiran akan diambil sebagai syarat lulus J5012.