Jumaat, Mac 27, 2009

Kursus CNC EDM Wire Cut

Bersama Fasilitator En. Mohd Omar Othman

Mesin CNC EDM Wire Cut





Peserta Kursus


23 & 24hb Mac 2009, satu kursus telah diadakan bagi menambah lagi pensyarah yang pakar dalam pengoperasian CNC EDM Wire Cut. Kursus selama 2 hari tersebut telah dihadiri oleh 15 orang pensyarah dari JKM. Fasilitator kursus juga merupakan seorang pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal iaitu En. Mohd Omar Bin Othman.





Khamis, Mac 19, 2009

Kursus Pendek Asas Kimpalan Bersama Komuniti




Tn Hj Kamil Selaku Fasilitator yang berpengalaman


Barisan para peserta kursus dan Pensyarah , Turut hadir Pegawai Belia Daerah



Penyampaian hadiah kepada peserta kursus yang menghasilkan kerja yang cemerlang




Ucapan dari En Azizan B Saad di majlis penutup





Ucapan dan perasmian penutup daripada Pegawai Belia




Taklimat bagi peserta kursus yang baru sahaja mendaftar




Demonstrasi pemotongan menggunakan Kimpalan Gas



Tn Hj Kamil B Faiman sedang memberi tunjuk
ajar






18 & 19hb Mac 2009, Satu program telah dijalankan di atas nama Kursus Pendek Asas Kimpalan Bersama Komuniti anjuran bersama Belia 4b Taman Intan Perdana. Kursus ini melibatkan seramai kira-kira 20 orang belia daripada Taman Intan Perdana khususnya yang terdiri daripada pelajar lepasan SPM sehinggalah pengusaha bengkel. Kursus ini memberikan pengetahuan dan kemahiran asas dalam kimpalan. Diantara Pensyarah JKM yang terlibat adalah seperti En Azizan, En Khairun Syatirin, Tn Hj Kamil dan En Muhamad Asri Mohd.

Kursus pendek tersebut tamat pada jam 5ptg pada 19hb dan telah dirasmikan oleh Pegawai Belia.










Rabu, Mac 18, 2009

Kursus Microsoft Project






16 & 17hb Mac 2009, satu kursus dalaman telah dijalankan di JMSK dan telah disertai oleh beberapa orang pensyarah daripada JKM. Kursus tersebut memperkenalkan penggunaan Microsoft Project dalam pembelajaran di politeknik. Kursus yang berlangsung selama 2 hari itu telah dihadiri oleh 30 orang pensyarah termasuk pensyarah dari JKA,JMSK dan JKE.

Isnin, Mac 02, 2009

Festival Muzikal 2009







March 2009, Kelab Kebudayaan dan Muzik Moden akan menganjurkan satu program yang bakal menggegar warga PPD dimana satu festival muzikal yang akan membuka penyertaan-penyertaan bagi pertandingan karaoke dan juga kugiran (Live Band). Pertandingan ini bertujuan untuk memilih calon terbaik bagi mewakili Politeknik Port Dickson Ke peringkat yang lebih tinggi sebagai contoh pertandingan antara Politeknik seluruh Malaysia. Borang penyertaan boleh di isikan secara online di blog ini, anda sudah bersedia..???!!! Nantikan....!!! Festival Muzikal 2009..!!