Isnin, Januari 26, 2009

Seminar PDRM











20 Januari 2009, Selasa, Satu seminar telah dijalankan anjuran JKM dengan kerjasama daripada PDRM bagi memberi ceramah-ceamah berkaitan undang-undang dan jenayah kepada pelajar. Seminar tersebut telah berlangsung selama 4 jam bermula 8.00 pagi hingga 12 tengahari. Tujuan seminar tersebut diadakan adalah supaya apat memberi pendedahan dan kesedaran kepada pelajar tentang kes-kes jenayah dan kesalahan-kesalahan yang selalu berlaku dijalan raya.

Taklimat Projek Jan 09

En Zulfaka selaku penceramah


Penyelia-penyelia Projek sesi jan 09


21Hb Januari 2009, Rabu, Unit Projek JKM telah mengadakan satu taklimat ringkas berkenaan subjek Projek J5012 kepada pelajar dan juga penyelia projek. Taklimat tersebut turut dijayakan oleh En. Zulfaka Bin Zainal selaku penceramah bagi menyediakan laporan projek. Taklimat tersebut bermula pada jam 8.00 pagi untuk pelajar dan 11.30 pagi untuk penyelia.

Isnin, Januari 12, 2009

Gotong-Royong Kolam Ikan JKM


Semua pensyarah JKM sedang bersama-sama mencuci kolam ikan


En Ishak (KJ) sedang berbincang tentang saiz periuk yang bakal digunakan
untuk menyediakan hidangan bagi staf-staf JKM

wira-wirawati yang sedia berkhidmat

Barisan para juri sedang menilai kualiti makanan yang disediakan


finger lickin' good..!!


Sesi makan beradab dari puteri-puteri JKM


Tugas-tugas membersihkan ikan yang telah di siang dilakukan dengan
penuh keikhlasan


Masih mampu tersenyum walaupun seharian memotong nenas.



kerja-kerja menyediakan hidangan giat dijalankan



En Ishak Sarip, Ketua Jabatan Mekanikal, turut sama membantu
dalam menyediakan Nasi putih special tempatan.



Dua orang tunggak utama dalam memastikan semua ikan
yang siap di siang di goreng hingga gareng.
(En. Noorazizi dan En. Zawawi)


En. Mohd Afdzal sedang bersungguh-sungguh menggoreng ikan dengan harapan
kesemua ikan tersebut akan menjadi santapannya.

En. Simmathiri sedang memantau segala persiapan


Kesungguhan,keikhlasan jelas terpancar dari wajah Pn Noorasyifa dalam memastikan
semua ikan yang ditangkap berjaya dibersihkan.


Kerja-kerja membersihkan ikan Keli Limited Edition perlu dilakukan dengan teliti
agar selamat dimakan. Gambar di atas menunjukkan ikan keli sebelum dan selepas dimakan oleh En. Mohd Zaidi pada akhirnya.



Barisan pensyarah yang sedang memberikan sokongan moral bagi mereka yang sedang
bertungkus-lumus membersihkan kolam.


En. Izuan bekerja keras bagi menanggalkan lumut yang sedia ada.


En. Abdul Ghani, sedang cuba untuk mencari rezeki untuk santapan
tengah hari.



"Semua buat kerja...!!" itulah arahan daripada En Hanim kepada
semua yang ada.

Selaku chef kehormat, Pn. Norhazlina Amon yang didatangkan
khas dari seremban untuk menyediakan Tom Yam Spesial.
















12 JANUARI 2009, Isnin, satu aktiviti usahasama dari Meclub telah berjaya dijalankan iaitu " Gotong-royong Membersihkan Kolan Ikan JKM " yang telah disertai oleh semua staf dan Pensyarah JKM, aktiviti yang bertujuan untuk merapatkan silaturahim ini telah bermula dari pagi hingga jam 3 petang, antara yang dijalankan adalah seperti menangkap ikan dan membersihkan semula kolam ikan yang telah lama di biarkan. Di atas sokongan dan kerjasama yang sangat jitu daripada Ketua Jabatan Mekanikal iaitu En. Ishak b. Sarip, maka semua aktiviti telah berjaya mendapat sambutan daripada semua pensyarah. Berikutan itu program-program seperti ini wajar dilakukan selalu agar hubungan dan tali silaturahim dapat di eratkan di kalangan Staf Jabatan Kejuruteraan Mekanikal. Sekian.













Rabu, Januari 07, 2009

Perhimpunan Bulanan Staf Jan 2009

Ikrar Perkhidmatan Awam dan Integriti

Bacaan Doa oleh Tn. Hj. Mat Kamil

En Ishak Sarip dan Tn. Hj. Khairi ( Pengarah PPD)

Tayangan Video
07 Januari 2009, Rabu, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal telah mendapat amanat untuk menganjurkan Perhimpunan Bulanan Staf dan Pensyarah Politeknik Port Dickson untuk kali pertamanya pada tahun ini 2009. Sepanjang berlangsungnya majlis tersebut, telah diselitkan slot soal jawab bagi staf yang ingin mendapatkan kepastian tentang opsyen cuti tahunan yang baru berkuatkuasa pada 1 januari 2009. Majlis ini telah berjalan lancar hasil dari kerjasama pensyarah-pensyarah JKM yang telah di lantik sebagai AJK perhimpunan staf, tidak terkecuali juga jutaan terima kasih kepada semua pensyarah yang telah hadir sama dalam memastikan majlis ini berlangsung dengan jayanya.